Butterfly Buzz Media
Thursday, 23 August 2018
INDRA BOUTIQUE HOTEL IPOH YANG INDAH
Satu masa dulu Ipoh sangat boring bagi aku. But now tidak lagi. Macam-macam ada kat Ipoh untuk dilawati. Yang paling famous adalah Taman Tema Air Lost World of Tambun. Pada yg nk bawa family mandi atau menerokai tempat2 menarik kat Ipoh, boleh try bermalam di @Indraboutiquehotel.
Room rate berpatutan, hotel masih baru, dekor bilik & hotel sgt fresh, vibrant & menarik, dapat good rating from beberapa travelodge website. I love the brilliant rustic interior ideas. So different!!
Untuk family, jangan risau sebab hotel ni ada lift. So takdelah jenuh naik naik tangga. Dekor bilik dihias dengan kertas dinding pelbagai tema. Parking pun senang depan hotel je.
InsyaAllah, if datang Ipoh lagi boleh consider stay sini lagi. Tesco seberang jalan je!! .
Tuesday, 27 September 2016
LUNULA - AWAS BENTUK BULAN SABIT PADA KUKU!
Korang tau tak tangan dan jari boleh memberitahu tahap Kesihatan kita... apa yg perlu kita buat cuma lihat jari kita betul-betul.
Perasan tak atas kuku kita ada bentuk bulan sabit.. Yup, bentuk Bulan sabit itu dikenali sebagai Lunula. Cuba korang perhatikan betul-betul bentuk bulan sabit tu. Sebabnya, dari bentuk Lunula, kita boleh tahu kita ni berpenyakit atau sihat walafiat sebenarnya.
BAGAIMANA LUNULA MENENTUKAN KESIHATAN SESEORANG?
Lunula mungkin tidak kelihatan pada setiap orang. Kadang-kadang ia dilitupi oleh kulit yang terdapat pada atas kuku. Tetapi perubatan Cina percaya jika seseorang itu kekurangan Lunula pada kukunya, dia sedang bertarung dengan penyakit anemia dan kekurangan zat dalam badan.
Jika Lunula itu berwarna biru pucat, seseorang itu mungkin menghidap diabetes. Jika ia kelihatan merah smudges, mungkin menghidap penyakit berkaitan hati atau blood disorder seperti thalesemia.
Jika lunula tidak kelihatan atau sangat kecil, mungkin kita mengalami masalah pencernaan atau berkaitan dengan usus. Ini bermakna, badan perlu menjalani proses detox dan sesuatu harus dilakukan untuk meningkatkan kembali metabolisma badan.
Apabila seseorang itu sedang menderita akan sesuatu penyakit, bentuk lunula akan berubah dari bentuk bulan sabit sehinggalah dia benar-benar pulih. Lebih sedikit bentuk bulan sabit bermakna seseorang itu kurang tenaga dan kurang bersemangat.
Jika lunula hanya kelihatan pada ibu jari, ia adalah tanda-tanda seseorang itu akan diserang penyakit dan sesuatu harus dilakukan untuk menghalangnya!!
---- Seram sebab sama dengan Lunula kat kuku aku!!!-
So, keep an eye on the lunula of the fingers & thumbs to check your health,
GREEN TEA PLEASE!
Korang tau tak tangan dan jari boleh memberitahu tahap Kesihatan kita... apa yg perlu kita buat cuma lihat jari kita betul-betul.
Jika lunula hanya kelihatan pada ibu jari, ia adalah tanda-tanda seseorang itu akan diserang penyakit dan sesuatu harus dilakukan untuk menghalangnya!!
Monday, 26 September 2016
SERVIS AIRCOND KERETA - UNCLE LEONG VIRAL TERBAIK!
Nak jadi cerita, kereta aku yang baru hantar servis air cond tiba-tiba rosak balik. Sbb hari tu dh terkono kat bengkel dekat rumah aku, so aku decide nk p hantar kat toyota je tuk cek prob aircond tu. Tp duk 20 minit kat toyota servis centre x de yg entertain. Bila aku tanya reception jawab dia org busy. Alahai.. sebelum dtg aku dah call kan ko kata ok je....
Then aku decide p kat Uncle Leong yg viral ni. Masa smpi dia sibuk tgh repair keta. Then aku mtk dia tlg tgk kan kejap, dia kata kalau nk full check kena tinggal keta seminggu. Siap tunjuk lagi keta-keta lain yg tersadai kat luar bengkel. Alamak!!
Aku pun sian gak kat dia, tp sebab dah datang jauh dari Ampang, siap bgtau dh p kedai repair tp x ok..Keta bawak anak2 p sek, p jln-jln sian anak panas, so Uncle Leong pun tolong gak la.
Then dia pun cek. Rupanya gas terlebih.. "itu org mau rosakkan compressor you la.. saja letak gas lebih. patutlah ada bunyi kuat dekat enjin you"
Dia pun buangkan gas, sembur air sikit bagi sejuk keta then aircond aku dah ok!!
Masa nk bayar, uncle tak nak duit! puas bagi tp dia x nak gak. "u pakai dulu tgk aircond macamana. Kalau x ok baru dtg balik. Tp saya rasa sudah ok ni.."
Tq uncle... patutlah keta banyak bersusun tunggu turn nk servis, rupanya mmg terbaik uncle ni!!
![]() |
Acah-acah nk belajar pasal enjin tp sepatah haram pun tak paham gak |
![]() |
Apo la yg di intai tu.... |
OnePekjah – Dari Awan Biru ke Personal Shopper

MENYELUSURI kota-kota fesyen di Eropah seperti London, Paris,
Milan dan Itali demi mendapatkan sebuah beg tangan koleksi terhad antara
tugasan pembeli peribadi atau “personal shopper’.
Mungkin untuk sesetengah pihak, kerjaya sebagai
‘personal shopper’ dilihat
menyeronokkan, hakikatnya ia sesuatu yang mencabar apatah lagi barangan yang
dititip bukan calang-calang harganya.
Bagi Wan Faizah Wan Ahmad, 40, bermula dengan niat
membantu kawan-kawan yang menitip barangan ketika menetap di luar negara tiga
tahun lalu, kini beliau serius menjadikan hobi membeli belahnya itu
sebagai satu kerjaya.
Dari koleksi pinggan mangkuk berjenama, barangan bayi dan kanak-kanak serta produk
fesyen seperti pakaian, beg tangan, alat solek dan aksesori, semuanya bermula
apabila beliau menetap di Manchester, United Kingdom selama tiga tahun kerana
menemani suaminya melanjutkan pelajaran.
“Ketika itu saya masih bekerja sebagai pramugari
dengan sebuah syarikat penerbangan tempatan. Apabila suami melanjutkan
pelajaran ke sana pada tahun 2011 dan membawa keluarga, kehidupan saya mula
berubah. Ini kerana sebagai seorang yang aktif bekerja selama hampir 20 tahun,
dan tiba-tiba menjadi suri rumah ia seolah-olah menjadi kejutan buat saya.
“Pelbagai aktiviti saya buat ketika itu untuk mengisi
masa lapang. Antaranya mengambil upah memasak untuk pelajar Malaysia di sana
sehinggalah apabila kawan-kawan dari Malaysia meminta saya membelikan beberapa
barangan untuk mereka. Dari suka-suka ia bertukar menjadi sesuatu yang serius,”
katanya ketika di temui di kediamannya di Kuala Lumpur.
Dibantu dengan kemajuan
teknologi dan kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram,
pesanan produk-produk berjenama dari Eropah yang diterimanya semakin bertambah.
Aktiviti membeli belahnya
terus berlanjutan walaupun telah pulang ke Malaysia dua tahun lalu. Wan Faizah
masih menerima titipan dan jumlah pelanggan semakin meningkat. Dari lingkungan
kawan-kawan rapat, kini pelanggannya terdiri dari pengikut di Instagram dan
Facebooknya iaitu OnePekjah. Khidmat beliau juga turut digunakan oleh kalangan
VIP, artis, ahli perniagaan dan professional.
Ditanya mengapa khidmat pembeli peribadi semakin
mendapat tempat di kalangan masyarakat, Wan Faizah berkata ia didorong oleh
banyak faktor.
“Ada di kalangan pelanggan ingin mendapatkan koleksi
terbaru yang belum ada di pasaran tempatan. Ada juga yang terlalu sibuk dengan
kerjaya masing-masing tetapi mahu kekal bergaya dengan fesyen terkini dan
berjenama. Bukan itu saja, harga yang dibeli terus dari Eropah lebih jimat dari
butik sedia ada di Malaysia.
“Sebagai ‘personal shopper’, tugas saya bukan sekadar
tukang beli malah menjadi menawarkan khidmat nasihat profesional kepada individu berkaitan perihal
fesyen dan urusan membeli-belah. Apatah lagi pengalaman yang luas sebagai
pramugari dahulu menjadi satu bonus kepada saya berkongsi pandangan dengan
mereka,” katanya yang akan ke Eropah setiap tiga bulan bagi memenuhi permintaan
pelanggan.
Kebiasaannya, beberapa
bulan sebelum ke luar negara, beliau akan menguar-uarkan pesanan itu di laman sosial
dan menerima tempahan dengan slot terhad berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’.
Ini kerana jenama seperti
Louis Vuitton, Chanel dan Hermes hanya boleh dibeli dengan kuantiti yang
terhad.
Selain itu, syarikatnya One
Pekjah Enterprise turut menawarkan barangan berjenama yang telah diguna pakai atau
‘preloved’ kepada pelanggannya dengan harga berpatutan.
![]() |
Sempat aku bergambar ngan founder OnePekjah |
“Ada beg tangan yang hanya
digunakan sekali dua oleh pemilik tetapi sudah mahu dijual kerana bertukar cita
rasa. Dari tidak digunakan lebih baik ia dijual dan mendapatkan beg yang baru.
Tetapi jangan silap, tidak semua barangan ‘preloved ‘ murah harganya. Ini
kerana bagi sesetengah koleksi edisi terhad, harganya mungkin mahal dari waktu
ia dibeli. Ia bagaikan satu pelaburan bagi sesetengah pemilik,”kata ibu kepada
empat anak lelaki berusia tiga hingga 17 tahun ini.
Setiap kali menerima
pesanan, pelanggan diminta menjelaskan jumlah penuh bayaran. Beliau juga
menawarkan bayaran ansuran bulanan kebiasaanya tiga bulan sebelum ke luar
negara. Jika tiada barangan yang dipesan, pelanggannya akan menerima penuh wang
mereka kembali.
Buka itu saja, bagi
meningkatkan keyakinan pelanggan, Wan Faizah akan sentiasa mengemaskini laman
sosial serta memuat naik gambar aktiviti membeli-belah. Ini kerana sejak
kebelakangan ini, banyak akaun palsu wujud memperdayakan pengguna . Ada juga
yang menjual produk tiruan tetapi dengan harga produk asli.
Antara pesanan termahal
yang diterima adalah beg tangan Birkin yang dibelinya berharga RM 70,000.
“Itulah seronoknya menjadi
‘personal shopper’, selain menjana pendapatan ribuan ringgit serta melancong ke
luar negara, saya juga dapat membeli barangan yang sebelum ini hanya mampu
tengok, walaupun ianya milik orang lain,” kongsinya bagi mengakhiri perbualan.
Bagi yang ingin menggunakan khidmat personal shopper, boleh follow Wan di Instagram : @Onepekjah
TAHNIAH ASHHRY ATAN- FRKL 21 DAH ADA BUTIK !!
![]() |
Tahniah Ashhry for the grand opening! |
Masa sampai dalam 10 am tu x ramai orang, bila masuk 11 am, pergghhhh penuh kedai!
Macam -macam kasut pompuan ada tp FRKL 21 memang terkenal dengan wedgesnya!
Wedges ni ai ada tau.. ringan je pakai.. |
KENYATAAN MEDIA
SEPATU EKSKLUSIF FRKL 21 PIKAT PEMINAT KASUT TEMPATAN
SEPERTI
aksesori lain, kasut turut memainkan peranan penting dalam mengaspirasikan gaya
seseorang individu.
Ini
kerana penggayaan kasut yang betul dapat menanamkan keyakinan kepada si
pemakai.
Bertitik
tolak dari faktor itu, Ashhry Atan 25, tampil dengan koleksi rekaannya yang
diperkenalkan melalui jenama FRKL 21.
Anak
muda yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu mula memasarkan kasutnya sejak
2013 menerusi laman sosial, Instagram @frkl21. Tanpa disangka percubaan pertamanya
memperkenalkan kasut but berwarna seperti merah, kuning, hijau dan biru terang
menjadi rebutan peminat kasut tempatan.
“Bermula
dengan jualan 100 pasang but , koleksi sulung itu habis dijual dalam masa
sehari. Dari situ saya yakin kasut mempunyai kelompok peminatnya tersendiri,”
katanya ketika pembukaan butik fizikalnya yang pertama di Kota Damansara,
Selangor baru-baru ini.
Antara
koleksi rekaannya selain but adalah
‘sandal’ dan ‘sneakers’ untuk peminat fesyen lelaki diinspirasi dari
kreativitinya sendiri. Manakala ‘wedges’, ‘flat shoe’, dan rekaan tumit tinggi
sehingga mencecah 7 inci yang sering menjadi pilihan bakal pengantin serta
acara peragaan pentas.
“ Di
FRKL 21, kami memang terkenal dengan rekaan ‘wedges’ yang laris setiap kali
pelancaran koleksi terbarunya. Walaupun ia didatangkan dengan tapak yang tebal
tetapi ringan ketika digayakan.
“Kasut
yang tidak selesa boleh menganggu mood si pemakai. Apatah lagi jika digayakan
pada acara penting seperti majlis makan malam atau perkahwinan. Setiap rekaan
yang dihasilkan akan melalui kawalan kualiti dari segi keseimbangan tapak dan
keselesaan ketika menyarungkannya ,” katanya lagi.
FRKL
21 kini telah menghasilkan kira-kira 20 koleksi seperti Juleeya, Hameeda,
Sophea, Erica, Ashhton, Clara dan Lady Marmalade.
Didatangkan
dengan rekaan eksklusif dan elegan, harga pasaran bermula dari RM50 sehingga
RM199 menjadikan ia mampu dimiliki.
- end-
![]() |
Aku tumpang memborong gak kasut! |
![]() |
BFF Syed yg duk temankan aku sepanjang hari.. |
Friday, 23 September 2016
SEDEKAH JUMAAT
Starbuck Lantai 3 KLCC --- Hari ni dating dengan Ilhan Boy. Mama nak update blog yang bersawang, sambil layan dia study tuk UPKK
Tengah kakak sibuk buat kerja, datanglah seorang amoi memperkenalkan dirinya sebagai Pui Woon. Katanya dia seorang volunteer di rumah amal Sunteck Handicapped Welfare Home.
"Kakak sory yer bahasa Melayu saya banyak teruk. Saya sukarelawan rumah kebajikan. Sana ramai anak susah sama org tua kaki potong," katanya sambil menghulurkan aku sekeping brochure rumah kebajikan itu.
"Saya mau mintak sumbangan beli beras, atau milo atau ubat sakit. Maaf ganggu kakak busy. Kalau kakak dapat tolong saya banyak suka," katanya lagi.
![]() |
Rumah kebajikan menurut Pui Woon di Kepong, Kuala Lumpur. Sumber FB: Suncteck Handicapped Welfare Home |
Aku aju beberapa soalan. Nampak dia jujur. Ilham boy kat sebelah aku yg memandang dr td terus hulur duit.
"Mama, abang ada 8 ringgit... Boleh nk bagi dia..." abang hulur duit dari beg duitnya.
Aku suruh Ilhan simpan balik duit dia. Aku tarik note dr beg dompeta aku. Pui Woon bg satu kad suruh aku tulis nama, amount & alamat. Usai, Pui Woon hulur tangan.
"Terima kasih kakak... Kakak org Melayu pun suka tolong org Cina," katanya lurus..
"Cina, Melayu sama saja. Sape susah kita tolong... kakak sayang awak, awak pun kena sayang kakak tau," aku bergurau dgn dia.
![]() |
Keadaan di rumah kebajikan seperti diberitahu Pui Woon Sumber FB: Suncteck Handicapped Welfare Home |
Dia tergelak... "Nanti kakak masuk fb cari rumah ini yer...Saya balik dulu sudah nak malam. Bye kakak...," terus dia betulkan beg dan melangkah.
Moga ada ramai lagi remaja seperti Pui Woon. Sanggup tebalkan muka utk minta derma menjaga nasib org lain...
SITI BUHARI - INSPIRASI FESYEN SITI DATO’ SOSILAWATI
INDUSTRI fesyen tanahair yang semakin berkembang dan
mendapat tempat oleh peminat fesyen tempatan membuka ruang kepada pengkarya tanahair
untuk mempertaruhkan daya kreativiti hasil rekaan masing-masing.
Didorong oleh minat dan cintanya terhadap fesyen, anak
bongsu pengasas produk kosmetik terkenal Datuk Sosilawati Lawiya, Siti Nur Fatimah Buhari, 19 tampil dengan
rekaan fesyennya sendiri, Siti Buhari.
Ingin dikenali sebagai Siti Dato’ Sosilawati, idea
untuk menceburi bidang fesyen juga turut mengambil inspirasi dari ibunya yang
sememangnya pandai bergaya.
“Dari kecil saya lihat sendiri bagaimana ibu begitu
teliti tentang fesyen yang bakal digayakan sama ada ke pejabat, majlis, temu
janji dan sebagainya. Bermula dengan pemilihan material, kasut, tas tangan,
aksesori, gaya rambut dan solekan semuanya harus disuai padan dengan teliti kerana ia mencerminkan imej dan
personalitinya. Sudah tiba masanya untuk saya berkongsi idea dan kreativiti di
persada fesyen kita,” katanya ketika ditemubual secara eksklusif baru-baru ini.
Menurut Siti, industri fesyen bukan hanya tentang
kemewahan, kecantikan mahupun populariti tetapi dilihat sebagai satu industri
yang menyumbang kepada pertumbuhan negara.
“Lihat saja hub fesyen dunia seperti Perancis, Itali,
Amerika Syarikat mahupun Jepun, perkembangan fesyen mereka menyumbang berbilion
ringgit kepada pendapatan negara. Minggu fesyen seperti Milan Fashion
Week, London Fashion Week dan Paris Fashion Week bukan
sekadar pentas peragaan koleksi terkini pereka-pereka terkenal tetapi menjadi
tempat memuktamadkan kontrak bernilai jutaan ringgit. Begitu besar pengaruh
fesyen terhadap ekonomi sesebuah negara itu.
“Pereka fesyen Malaysia seperti Zang Toi, Bernard
Chandran, Farah Khan, Jimmy Choo, Faisol Abdullah, Melinda Looi, Rizalman dan
ramai lagi yang berjaya menembusi industri fesyen dunia. Kejayaan mereka sudah
tentu memberi inspirasi kepada pereka muda termasuklah saya untuk tampil dengan
koleksi dan label sendiri,” katanya yang turut mengagumi bakat pereka muda
seperti FiziWoo dan Alia Bastaman.
KOLEKSI
SULUNG
Sebagai pengenalan, Siti Buhari tampil dengan dua
koleksi sulung termasuklah rekaan
sempena Aidil Adha dan ‘Ready To Wear’.
Koleksi Aidil Adha menampilkan kaftan pastel serta jubah hitam dijahit
menggunakan material berkualiti tinggi.
“Koleksi ‘Ready To Wear’ adalah rekaan sederhana namun elegan. Dengan
potongan feminin, setiap rekaan menawarkan sentuhan keanggunan tetapi mengekalkan
keseimbangan antara kesopanan, gaya, keselesaan dan praktikal,” ujarnya.
Menurut Siti, penggunaan fabrik seperti ‘heavy crepe’,
organza, sifon dan lycra. Siti Buhari menambah perician seperti manik dan reben
dengan padanan penggunaan warna yang berani seperti merah dan emas bakal
menambah keanggunan pemakai.
"Saya bekerja rapat dengan empat pereka tempatan
sejak April lalu. Rekaan kami dizahirkan dengan bentuk feminin seperti ‘princess
cutting’, peplum dan salah satu daripada rekaan kami adalah abaya untuk dipakai
dengan palazo. Ia semuanya tentang elegan,” katanya bakal tampil dengan 20
jenis rekaan.
Kesemua koleksi Siti Buhari bakal dilancarkan pada 4
September lalu di ibu negara. Sebagai
permulaannya, harga yang ditawarkan tidak melebihi RM350.
“Impian saya ingin melihat jenama Siti Buhari mampu
dimiliki oleh setiap penggemar fesyen tempatan. Saya merancang untuk
mengukuhkan jenama Siti Buhari sebelum menembusi ke pasaran Asia Tenggara dalam
tempoh tiga tahun akan datang. Ia sememangnya tidak mudah, namun kegigihan ibu
saya membina jenama perniagaannya akan menjadi kekuatan untuk saya pergi jauh,”
katanya lagi.
Koleksi Siti Buhari boleh didapati di instagram @sitibuhari_
sebaik saja ia dilancarkan. Selain itu, jenama ini akan juga berhasrat untuk
berkolaborasi dengan platform beli belah dalam talian seperti Fashion Valet dan
Zalora untuk meluaskan pasaran mereka.
Pada pelancaran sulungnya itu, ramai rakan artis turut hadir memberi sokongan antaranya Mia Filzah, Kila Fairy dan Ruhainies .
Siti Fatimah tampil elegan pada pelancaran koleksi sulung Siti Buhari |
Rita Datu Sosilawati, kakak sulung Siti Fatimah turut hadir pada pelancaran koleksi Siti Buhari |
Ruhainies hadir dengan menyarung busana Siti Buhari pada malam itu |
Subscribe to:
Posts (Atom)