Monday, 26 September 2016

OnePekjah – Dari Awan Biru ke Personal Shopper




MENYELUSURI kota-kota fesyen di Eropah seperti London, Paris, Milan dan Itali demi mendapatkan sebuah beg tangan koleksi terhad antara tugasan pembeli peribadi atau “personal shopper’.

Mungkin untuk sesetengah pihak, kerjaya sebagai ‘personal shopper’  dilihat menyeronokkan, hakikatnya ia sesuatu yang mencabar apatah lagi barangan yang dititip bukan calang-calang harganya.

Bagi Wan Faizah Wan Ahmad, 40, bermula dengan niat membantu kawan-kawan yang menitip barangan ketika menetap di luar negara tiga tahun lalu, kini beliau serius menjadikan hobi membeli belahnya itu sebagai  satu kerjaya.

Dari koleksi pinggan mangkuk berjenama,  barangan bayi dan kanak-kanak serta produk fesyen seperti pakaian, beg tangan, alat solek dan aksesori, semuanya bermula apabila beliau menetap di Manchester, United Kingdom selama tiga tahun kerana menemani suaminya melanjutkan pelajaran.

“Ketika itu saya masih bekerja sebagai pramugari dengan sebuah syarikat penerbangan tempatan. Apabila suami melanjutkan pelajaran ke sana pada tahun 2011 dan membawa keluarga, kehidupan saya mula berubah. Ini kerana sebagai seorang yang aktif bekerja selama hampir 20 tahun, dan tiba-tiba menjadi suri rumah ia seolah-olah menjadi kejutan buat saya.

“Pelbagai aktiviti saya buat ketika itu untuk mengisi masa lapang. Antaranya mengambil upah memasak untuk pelajar Malaysia di sana sehinggalah apabila kawan-kawan dari Malaysia meminta saya membelikan beberapa barangan untuk mereka. Dari suka-suka ia bertukar menjadi sesuatu yang serius,” katanya ketika di temui di kediamannya di Kuala Lumpur.


Dibantu dengan kemajuan teknologi dan kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, pesanan produk-produk berjenama dari Eropah yang diterimanya semakin bertambah.

Aktiviti membeli belahnya terus berlanjutan walaupun telah pulang ke Malaysia dua tahun lalu. Wan Faizah masih menerima titipan dan jumlah pelanggan semakin meningkat. Dari lingkungan kawan-kawan rapat, kini pelanggannya terdiri dari pengikut di Instagram dan Facebooknya iaitu OnePekjah. Khidmat beliau juga turut digunakan oleh kalangan VIP, artis, ahli perniagaan dan professional.

IG: onepekjah ... Boleh pesan barangan berjenama dari Eropah dengan dia

Ditanya mengapa khidmat pembeli peribadi semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat, Wan Faizah berkata ia didorong oleh banyak faktor.

“Ada di kalangan pelanggan ingin mendapatkan koleksi terbaru yang belum ada di pasaran tempatan. Ada juga yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing tetapi mahu kekal bergaya dengan fesyen terkini dan berjenama. Bukan itu saja, harga yang dibeli terus dari Eropah lebih jimat dari butik sedia ada di Malaysia.

“Sebagai ‘personal shopper’, tugas saya bukan sekadar tukang beli malah menjadi menawarkan khidmat nasihat profesional kepada individu berkaitan perihal fesyen dan urusan membeli-belah. Apatah lagi pengalaman yang luas sebagai pramugari dahulu menjadi satu bonus kepada saya berkongsi pandangan dengan mereka,” katanya yang akan ke Eropah setiap tiga bulan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Kebiasaannya, beberapa bulan sebelum ke luar negara, beliau akan menguar-uarkan pesanan itu di laman sosial dan menerima tempahan dengan slot terhad berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’.

Ini kerana jenama seperti Louis Vuitton, Chanel dan Hermes hanya boleh dibeli dengan kuantiti yang terhad.

Selain itu, syarikatnya One Pekjah Enterprise turut menawarkan barangan berjenama yang telah diguna pakai atau ‘preloved’ kepada pelanggannya dengan harga berpatutan.

Sempat aku bergambar ngan founder OnePekjah

“Ada beg tangan yang hanya digunakan sekali dua oleh pemilik tetapi sudah mahu dijual kerana bertukar cita rasa. Dari tidak digunakan lebih baik ia dijual dan mendapatkan beg yang baru. Tetapi jangan silap, tidak semua barangan ‘preloved ‘ murah harganya. Ini kerana bagi sesetengah koleksi edisi terhad, harganya mungkin mahal dari waktu ia dibeli. Ia bagaikan satu pelaburan bagi sesetengah pemilik,”kata ibu kepada empat anak lelaki berusia tiga hingga 17 tahun ini.

Setiap kali menerima pesanan, pelanggan diminta menjelaskan jumlah penuh bayaran. Beliau juga menawarkan bayaran ansuran bulanan kebiasaanya tiga bulan sebelum ke luar negara. Jika tiada barangan yang dipesan, pelanggannya akan menerima penuh wang mereka kembali.

Buka itu saja, bagi meningkatkan keyakinan pelanggan, Wan Faizah akan sentiasa mengemaskini laman sosial serta memuat naik gambar aktiviti membeli-belah. Ini kerana sejak kebelakangan ini, banyak akaun palsu wujud memperdayakan pengguna . Ada juga yang menjual produk tiruan tetapi dengan harga produk asli.

Antara pesanan termahal yang diterima adalah beg tangan Birkin yang dibelinya berharga RM 70,000.

“Itulah seronoknya menjadi ‘personal shopper’, selain menjana pendapatan ribuan ringgit serta melancong ke luar negara, saya juga dapat membeli barangan yang sebelum ini hanya mampu tengok, walaupun ianya milik orang lain,” kongsinya bagi mengakhiri perbualan.

Bagi yang ingin menggunakan khidmat personal shopper, boleh follow Wan di Instagram : @Onepekjah

No comments:

Post a Comment