![]() |
Rita menggayakan salah satu tas tangan rekaannya |
TIDAK lengkap kehidupan seorang wanita tanpa tas tangan. Tanpa mengira umur, tas tangan merupakan satu aksesori wajib yang mesti ada. Begitu juga dengan usahawan kosmetik Nouvelles Visages, Rita Datuk Sosilawati , kerana cintanya pada tas tangan telah mendorong beliau melancarkan koleksinya sendiri, Victoria Sloane.
“Setiap kali luar negara, beg tangan menjadi sasaran untuk saya membeli belah. Namun, saya tidak taksub pada satu-satu pereka saja. Yang mana rekaan cantik di mata, saya akan beli. Disebabkan saya dah terlalu minat maka lahirlah Victoria Sloane,” katanya ketika ditemui pada pelancaran koleksinya itu di Fashion Valet, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Antara selebriti yang hadir memeriahkan majlis pelancaran adalah Fasha Sandha, Farah Anuar AF 2, Anne Ngasri, De Fam dan Rita Rudaini.
Rekaan Victoria Sloane adalah buatan tangan diperbuat dari material kulit PVC . Ia didatangkan dengan dua variasi iaitu bercorak kosong dan bercorak kulit buaya. Lebih menarik lagi ia boleh digayakan untuk acara formal mahupun kasual.
“Sebenarnya saya memang tak nak buat kasual saja. Lebih praktikal kalau boleh
digayakan sama ada formal dan kasual. Sebab itu beg tangan saya ‘4 in 1”. Tali
boleh laras untuk disangkut dibahu, di selempang, dijinjit atau gayakan saja
seperti ‘clutch’ untuk majlis makan malam.
Victoria Sloane didatangkan dengan 20 koleksi warna warni sama ada terang
atau pastel. Lebih menarik harganya mampu milik iaitu RM 229 untuk bercorak
kosong dan RM 299 bagi yang bercorak kulit buaya.
Ia akan dipasarkan di laman e-dagang Fashion Valet (www.fashionvalet.com)
serta fizikal butiknya di Malaysia dan Singapura bermula 22 September 2016.
Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Bukhari adalah anak sulung
pengasas jutawan kosmetik terkenal, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.
Selepas pemergian ibunya, beliaulah yang menguruskan legasi Nouvelle Visages.
“Idea untuk melahirkan beg jenama sendiri sudah lama. Saya mengambil masa
setahun untuk melakukan kajian dan tinjauan pasaran. Setelah benar-benar
yakin, enam bulan lalu pasukan saya bekerja keras merealisasikannya.
Sementara itu, pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof berkata, kehadiran Victoria
Sloane memberikan lebih pilihan kepada pelanggan perniagaannya.
“ Jualan menerusi Fashion Valet tidak terhad di Malaysia saja. Pembeli kami dari seluruh negara. Victoria Sloane akan dikenali di pelusuk dunia,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment